Skip to main content

Jom singgah Kellie's Castle

Assalamualaikum & Salam Ukhwah

Be warned: Ini cerita 2014

Tiba-tiba je I teringat pasal Kellie's Castle....
macam memanggil-manggil pulak I kesana... pelik kan?
Seumur hidup I yang hampir meniti senja nih,
baru 2 kali I kesana, 1st time dulu dengan arwah abah...
hari raya ke-2 kalau tak silap... masa tuh I tengah buat Matrics.
memang kenangan la masuk dalam castle tuh dengan berbaju kurung bagai...
anggun & ayu bak wanita melayu terakhir sungguh... ;p
so gigih la I cari entri lama pasal Kellie's Castle  nih sebab seingat I,
kami pernah pegi sana dulu bawak anak-anak...
tapi... hmmmmmmmmmm... dah agak dah.... I tak share pun....
heran la kenapa masa 2014 mood I sangat ke laut dalam.


---

 

Kellie's Castle

 

Menurut sejarah, Kellie's Castle nih dibina atas rasa kasih dan sayang
seorang warga Scotland-William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes.
William Kellie Smith dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta...
 yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.




William Kellie Smith & isteri (Agnes)
credit to google

William telah menggajikan 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk bina istana nih
dimana kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti batu marmar yang diimport dari India
sementara jubin yang digunakan diimport dari Itali pada tahun 1904.
batu bata jenis aprikot yang digunakan dibuat di Malaya,
begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi  jenang pintu dan tingkap istana tersebut,
Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya,
 maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik...
iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu...
dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india..
 pembinaan istana ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat.

Namun begitu, pembinaan istana terbengkalai setelah ramai pekerja beliau yang maut...
disebabkan wabak penyakit yang dinamakan “Spanish’s Flu” 
William pula telah diserang penyakit radang paru-paru yang kronik,
beliau akhirnya meninggal dunia di Lisbon pada 11 Disember 1926...
Agnes telah menjual Istana berkenaan sebelum meninggalkan Malaya,
setelah kematian suaminya....
namun pembinaan istana Kellie terhenti pada tahun 1926
kerana syarikat yang mengambil alih tidak berminat dengan Istana ini...
lahai sayangnya kan?...

sumber : Harith Faruqi Sidek

just sharing

v



...memang terik sangat...
tapi kami gigih jugak nak bergambor...


 macam-macam gaya ada


kelakar bila tengok balik proses memujuk nih...
comel tau Aed... Aerish gak yang menten senyum...



Aed tuh merajok sebab nak masok jugak...
ciannnnnn.... Instinct mama kuat sayang...
mama tak nak ada yang tompang kita balik nanti... 'sigh'...

---

oh ya, nak balik jangan lupa cuci mata kat kedai souvenir ya...


 Info:
31000 Batu Gajah, Perak (+60 5-365 3381)
tiket: Dewasa : RM 5, Kanak-kanak: RM 4

♥ Memoirs ♥ 

 till then..... 
* hugs *

Comments

  1. bestnya...
    salah 1 tmpat y tringin nk jejak jugak

    ReplyDelete
  2. memang best. sok nak try masuk pulak

    ReplyDelete

Post a Comment

* TQ. ♥ & hugs *

Popular posts from this blog

Jeju: Yongduam Rock & Yeohyeon Bridge

Assalamualaikum & Salam Ukhwah   Hi olzs...  arinih hari last kami di Jeju... nak balik dah... kita minum susu puas-puas dulu sambil packing coklat etc pagi tuh kami jenjalan dedekat je... sebab nak senang ke airport kan segala tempat nak posing... he-he banyak ditulis tapi Spring Water je yang ku faham semangat derang tu... sambil ke batu posingnya... ombak & angin kuat gila... so I berapa nak berani.... tambah pulak masa tuh hujan renyai-renyai kita posing ala kadar je la kan... he-he no caption last-last gini, I enjoy the view je mampu... enjoy till the very last moment kat Jeju... nampak kan kepala naga tu? so ajom kita cuci mata kat Yeohyeon Bridge pulak asyik nak cari makanan je kejenya... sedap pulak semua... adudu nice view.... sedih dah nak balik... sampai la kat epot.... daaaaaaaaaaaa....  sebelum fly kita try Shrimp Burger yang famos tuh dulu.

Jeju: Osulloc Green Tea Farm & Café & Innisfree House

Assalamualaikum & Salam Ukhwah Hi olzs... sesuatu yang dirindui... makan ikan bakar.... sian anak-anak... arituh masa kat Seoul kami tak semoat nak makan... sebab sebok makan benda lain... so kali ni... I is hepi.... kedainya nampak bersih & kemas part of the Banchan tu dia... hensem bergaya dia dok kat tengah ya puas ati dapat makan eh? macam best je ni... kat sebelah kedai je pun sebab jumpa susu vanilla... sedap yakmat orang semua belum abes makan... dia banyak main... heven betul Osulloc Green Tea Farm  datang sini plan nak beli mask je... so rileks-rileks masak dalam... sambil posing-posing... maklumla... banyak masa.... so kita betul-betul men-tourist-kan diri sampaikan dalam toilet pun nak amek gambar... haruuuu betoi la kawan I ingat I amek gambar depan toilet... toilet yang lain sayangku tapi memang dekat la... haaaa.. ni part best... macam-macam tengok ta

Pengalaman masuk dusun buah

Assalamualaikum & Salam Ukhwah Hi olzs... Kedah.. yay.... jom kita masuk dusun buah.... Alhamdulillah rezeki bff kami jemput bercuti dalam dusun.... Heaven on Earth semua main petik masuk mulut.... Aerica hantu rambutan.... kalau boleh berkampung bawah pokok tuh... konfom dia nak.... terlagi-lagi dia gi petik.... fresh kan... macam-macam buah ado.... rambutan, manggis, langsat, rambai & opkos la raja buah-durian.... x tau la bila last kami jumpa.... dok nak jumpa tak jadi.... masing-masing sebok ngalah menteri...  bhahaha... akhirnya rezeki tahun 2019 baru dapat jumpa balik petang tuh kami ronda-ronda... pi makan laksa tepi bendang.... dah la sedap... view pulak cantik.... asyikkkk bangat nih green is everywhere.... pokok beras anak-anak I kata.... pon boleyyyyy --- plannya the nest day nak gi kutip durian.... yay.... tapi awal bagi la.... nampak x? my 1st hasil kutipan.... banyaknya lahai.... me