Assalamualaikum
Salam Ukhwah...
jom baca sejarah sikit ya...
KUBU MARGHERITA (1879) KUCHING, SARAWAK
Reka bentuk kubu ini adalah berdasarkan pada kubu-kubu Inggeris di zaman Pembaharuan. Ia dibentuk sedemikian rupa sebagai benteng daripada serangan musuh serta merupakan bangunan tersergam indah menghiasi pemandangan sesuatu bandar. Tapak bangunan ini biasanya dipilih dengan teliti pada perairan sungai supaya ianya merupakan suatu bangunan kawasan yang boleh mengawas kemaraan musuh ke bandar tersebut, serta menghindarkan dari serangan yang mengejut. Tetapi sejak 1879, Sarawak adalah dalam suasana aman. Oleh yang demikian, kubu ini tidak pernah digunakan sepertimana tujuan asalnya, kubu ini kemudiannya digunakan sebagai penjara sehinggalah penjara baru dibina berhampiran dengan padang tembak kira-kira 1.61 km daripada tempat ini.
Hinggalah pada masa perang dunia kedua, kubu ini dijaga oleh pengawal yang bertugas siang dan malam dan memekikkan “Semuanya Baik” pada tiap-tiap satu jam mulai pukul 8 malam sehingga pukul 5 subuh. Pekikan ini disambut pula oleh pengawal di Istana, pengawal di pejabat jam besar kerajaan di seberang sungai dan akhirnya pengawal di pejabat perbendaharaan. Pekikan yang sahut menyahut di dalam sunyi ini ialah untuk memastikan bahawa pengawal tidak tertidur semasa bertugas.
Kubu Margherita telah mengibarkan 4 jenis bendera di bawah 4 berlainan pentadbiran. Pertama ialah bendera Brooke, kemudian bendera matahari terbit semasa pendudukan Jepun, bendera Union Jack di bawah penjajahan British dan kini menggunakan bendera sendiri setelah Sarawak mencapai kemerdekaan.
since eB memang sukakan bangunan yang bewarna putih...
eB rasa Fort Margherita nih memang sangat cantik...
dari waterfront lagi eB dah berkali-kali mention kat Shah nak pegi...
teruja sangat... lama tuh bangunannya... 1880...
Shah pulak memang plan akan pegi semua tempat yang ada dalam map...
sayangggggggg Shah... he3
begitu klasik...
menenangkan mata yang memandang...
hai anak-anak... budak-budak bukannya kesah kat mana pun...
tau nak lari je...
cuak2 rasa hati sebab kami je kat situ masa tuh...
sunyi sepi... tak ada orang...
sebab bulan puasa kot... walllahualam...
tapi... nampak tenang kan?
cantek... gagah...
(Read: dari tinggap sebelah kanan bawah tuh... bila lalu...
rasa, macam ada yang sedang memerhati... perasaan eB je kot kan?...
bila dah balik baru tau, dalam tuh pun ada tengkorak-tengkorak lama yang disimpan...
selain daripada meriam dll...)
love this... moment...
antara kubur yang ada kat situ...
rupa-rupanya kat situ memang kubur penghuni asal Fort Margherita
kita bertafakur sekejap ya...
hormati yang telah pergi...
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak
cantek kan?
tak jauh pun dari Fort Margherita
♥ Memoirs ♥
till then.....
* hugs *
:: Aerish, Aed & Aerica's coin box ::
Bangunan tu sangat2 cantik klasik..
ReplyDeleteMcm dulu jgk jari eB mmg berseni bab snap2 gambor ni..
Psttttt meremang lak bulu roma ina baca pasei tingkap tu eB..
eB take care..
Alhamdulillah kami semua baik2 belaka.. ;)
perasaan je kot tu kan.
Delete