Assalamualaikum & Salam Ukhwah
Be warned: Ini cerita 2014
Be warned: Ini cerita 2014
Tiba-tiba je I teringat pasal Kellie's Castle....
macam memanggil-manggil pulak I kesana... pelik kan?
Seumur hidup I yang hampir meniti senja nih,
baru 2 kali I kesana, 1st time dulu dengan arwah abah...
hari raya ke-2 kalau tak silap... masa tuh I tengah buat Matrics.
memang kenangan la masuk dalam castle tuh dengan berbaju kurung bagai...
anggun & ayu bak wanita melayu terakhir sungguh... ;p
so gigih la I cari entri lama pasal Kellie's Castle nih sebab seingat I,
kami pernah pegi sana dulu bawak anak-anak...
tapi... hmmmmmmmmmm... dah agak dah.... I tak share pun....
heran la kenapa masa 2014 mood I sangat ke laut dalam.
---
Kellie's Castle
Menurut sejarah, Kellie's Castle nih dibina atas rasa kasih dan sayang
seorang warga Scotland-William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes.
William Kellie Smith dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta...
yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.
William Kellie Smith & isteri (Agnes)
credit to google
William telah menggajikan 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk bina istana nih
dimana kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti batu marmar yang diimport dari India
sementara jubin yang digunakan diimport dari Itali pada tahun 1904.
batu bata jenis aprikot yang digunakan dibuat di Malaya,
begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi jenang pintu dan tingkap istana tersebut,
Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya,
maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik...
iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu...
dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india..
pembinaan istana ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat.
Namun begitu, pembinaan istana terbengkalai setelah ramai pekerja beliau yang maut...
disebabkan wabak penyakit yang dinamakan “Spanish’s Flu”
William pula telah diserang penyakit radang paru-paru yang kronik,
beliau akhirnya meninggal dunia di Lisbon pada 11 Disember 1926...
Agnes telah menjual Istana berkenaan sebelum meninggalkan Malaya,
setelah kematian suaminya....
namun pembinaan istana Kellie terhenti pada tahun 1926
kerana syarikat yang mengambil alih tidak berminat dengan Istana ini...
lahai sayangnya kan?...
sumber : Harith Faruqi Sidek
just sharing
v
...memang terik sangat...
tapi kami gigih jugak nak bergambor...
macam-macam gaya ada
kelakar bila tengok balik proses memujuk nih...
comel tau Aed... Aerish gak yang menten senyum...
Aed tuh merajok sebab nak masok jugak...
ciannnnnn.... Instinct mama kuat sayang...
mama tak nak ada yang tompang kita balik nanti... 'sigh'...
---
oh ya, nak balik jangan lupa cuci mata kat kedai souvenir ya...
Info:
31000 Batu Gajah, Perak (+60 5-365 3381)
tiket: Dewasa : RM 5, Kanak-kanak: RM 4
♥ Memoirs ♥
31000 Batu Gajah, Perak (+60 5-365 3381)
tiket: Dewasa : RM 5, Kanak-kanak: RM 4
♥ Memoirs ♥
till then.....
* hugs *
bestnya...
ReplyDeletesalah 1 tmpat y tringin nk jejak jugak
memang best. sok nak try masuk pulak
ReplyDelete